Wednesday, July 16, 2008

Tingkatan 6 Blog

Tujuan pembukaan blog ini ialah untuk menjadi tempat bagi saya menulis apa yg telah dipelajari oleh saya semasa berada di tingkatan 6. Dengan cara ini, saya akan lebih faham tentang apa yang saya pelajari dan secara tidak langsung juga blog ini dapat dijadikan rujukan oleh pelajar-pelajar tingkatan 6 di luar sana.

Pada pendapat saya, menggunakan komputer untuk membuat nota adalah sesuatu yang lebih baik daripada menggunakan buku & pen. Ini kerana di dalam komputer ataupun terdapat fungsi 'search' yang saya fikir dapat memudahkan saya untuk mengulangkaji atau menjawab soalan latihan yang saya buat. Oleh itu, saya tidak perlu bersusah payah untuk mencari di kesemua nota-nota saya untuk mendapatkan apa yang saya inginkan.

Blog ini akan dikatogerikan kepada 5 'catagories' yang semuanya merupakan matapelajaran yang saya ambil.